
PETALING JAYA: Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, meminta orang ramai berwaspada dengan akaun media sosial palsu menggunakan identitinya.
Beliau memuatnaik tangkap layar akaun Instagram palsu itu, dan menafikan sebarang kaitan.
“Saya amat kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan serta berpotensi memperdaya orang awam,” katanya di Facebook.
Sementara itu, beliau menasihati orang ramai merujuk akaun rasmi beliau di Instagram dan tidak mempercayai maklumat daripada akaun tidak sah.
“Orang ramai juga digalakkan untuk melaporkan mana-mana akaun yang mencurigakan serta membantu menyebarkan amaran ini demi kebaikan bersama,” katanya.