
Beliau berkata peniaga kecil kini berdepan cabaran besar susulan kenaikan harga bahan api, kos logistik dan bahan mentah yang menjejaskan margin keuntungan mereka.
“Minggu lalu saya bertemu penjaja kecil di Tasek Gelugor dan mereka memaklumkan keuntungan yang sedia kecil semakin terhakis dalam keadaan ekonomi tidak menentu,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, cadangan itu melibatkan implikasi fiskal yang terhad oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Terdapat kira-kira 7,243 unit kiosk dengan kos pembangunan sekitar RM150 juta, manakala kadar sewa bulanan antara RM200 hingga RM300.
“Jika moratorium dilaksanakan, kos kepada kerajaan dianggarkan antara RM8.6 juta hingga RM13 juta, dan mungkin lebih rendah kerana kadar penggunaan tidak 100%,” katanya.
Wan Saiful berkata jumlah itu kecil berbanding kos keseluruhan projek MyKiosk, namun mampu memberi kelegaan kepada ribuan penjaja kecil.
Beliau menambah langkah sementara itu juga dapat membantu memperbaiki aliran tunai peniaga mikro dan menstabilkan operasi mereka dalam keadaan ekonomi mencabar.