
Saifullah berkata beliau berhubung sendiri dengan pegawai SPRM bagi mendapatkan penjelasan susulan laporan bahawa agensi pencegahan rasuah itu sedang mencarinya untuk membantu siasatan.
“Saya dimaklumkan bahawa perkara ini hanya berkaitan keperluan kehadiran saya ke mahkamah bagi prosiding yang dijadualkan minggu hadapan,” katanya dalam kenyataan, lapor Utusan Borneo.
Isnin lalu, SPRM mengeluarkan kenyataan memaklumkan sedang mencari Saifullah bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Saifullah, 35, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8.8 juta pada 20 Nov tahun lalu selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendapati beliau bersalah menerima rasuah berjumlah RM1.765 juta antara Disember 2018 hingga Mac 2019.
Mahkamah pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.