‘Biar lambat asal selamat’, kata Hadi berkait pengganti Hamzah

‘Biar lambat asal selamat’, kata Hadi berkait pengganti Hamzah

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata masih ada ruang untuk lantik ketua pembangkang baharu memandangan sidang Parlimen hanya akan berlangsung Jun depan.

muhyiddin yassin abdul hadi awang
Abdul Hadi Awang berkata pelantikan ketua pembangkang akan dibuat menjelang sidang Parlimen Jun depan namun Muhyiddin Yassin ia perlu dibuat segera.
PETALING JAYA:
Pelantikan ketua pembangkang baharu bagi menggantikan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin tidak perlu dibuat secara terburu-buru, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menitipkan mesej ‘biar lambat asal selamat’.

Hadi berkata masih ada ruang mencukupi memandangkan sidang Parlimen hanya akan berlangsung Jun depan selain proses itu perlu mengambil kira pandangan menyeluruh daripada semua Ahli Parlimen blok pembangkang, lapor Sinar Harian.

“Orang tua kata, biar lambat asal selamat,” kata Ahli Parlimen Marang itu Mengulas tempoh masa pelantikan ketua pembangkang baharu itu.

Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan kerusi ketua pembangkang di Parlimen perlu segera diisi bagi mengelak spekulasi berpanjangan yang boleh menjejaskan imej Perikatan Nasional (PN).

Bekas perdana menteri itu dilaporkan Sinar Harian berkata beliau menunggu keputusan pimpinan tertinggi Pas untuk menamakan calon secepat mungkin.

Ahad lalu, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Hamzah yang dipecat Bersatu pada 13 Feb lalu, bukan lagi ketua pembangkang selepas meletak jawatan disandangnya sejak PRU15.

Beliau turut mengarahkan Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan untuk memberi notis pemakluman kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berhubung kekosongan itu.

Namun Johari semalam berkata beliau belum menerimanya.

Sebelum ini, PN memutuskan Ahli Parlimen PAS dilantik bagi mengisi kekosongan itu sebelum penghujung Mac lalu namun tiada pengumuman berkait dengannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.