
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 11 pagi.
Menurutnya, suspek memasuki premis perniagaan tersebut dengan bersenjatakan dua pucuk pistol sebelum melarikan 21 dulang emas seberat kira-kira 15kg, yang dianggarkan bernilai RM9.7 juta.
“Turut dilarikan adalah selaras senapang patah bersama sebutir peluru milik pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataan.
Fadil berkata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan, justeru beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi talian penting polis Brickfields di 03-2297 9222, talian penting polis KL di 03-2115 9999, atau mana-mana balai polis berhampiran.