
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata mayat Luqman Kamil Jamaluddin, 16, ditemukan pada 2.15 petang tadi.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira 400m dari kuala oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi sejak semalam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata mayat pelajar itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Media sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah bersama rakannya di pantai berkenaan dan pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.02 petang.