
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Noor Azhar Tajudin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.26 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.
“Sebanyak sembilan anggota dari BBP Jitra ke lokasi dan sebaik tiba didapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan terapung di permukaan air dalam kolam takungan berkenaan.
“Anggota telah memakai pakaian perlindungan diri untuk turun ke dalam kolam bagi membawa mayat mangsa naik ke tempat selamat, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.52 petang,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ketua Polis Kubang Pasu, Mohd Radzi Abdul Rahim, mengesahkan kejadian dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian.