
SKMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihak berkuasa telah mengesahkan diesel berkenaan adalah milik syarikat perdagangan antarabangsa Vitol, dan bukan milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) atau kerajaan Malaysia seperti yang didakwa.
Menurut kenyataan itu, individu terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan semalam, manakala peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan disita bagi membantu siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan,” menurut kenyataan itu.
SKMM menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai.
“Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam,” menurut kenyataan itu.