
Astro Audio Traffic menerusi X memaklumkan, banjir kilat berhampiran susur keluar Sungai Buloh, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), menyebabkan aliran trafik di kedua-dua arah lumpuh setakat 5.55 petang.
Warganet turut berkongsi laporan banjir kilat di beberapa bahagian Shah Alam, terutama di Seksyen 13.
Menurut Astro Audio Traffic, kejadian pokok tumbang di Jalan Ampang dan Jalan Nagasari, Kuala Lumpur, turut dilaporkan kira-kira 4 petang, dengan insiden di Jalan Nagasari merosakkan beberapa kenderaan.
Sementara itu, Bomba Selangor berkata, dahan pokok tumbang menutup sepenuhnya Jalan Prima Selayang 7 di Batu Caves pada kira-kira 4.18 petang.
Empat kenderaan terlibat, namun kerosakan yang dialami dipercayai tidak serius.