
Mosti melalui Jabatan Tenaga Agom berkata siasatan telah dijalankan oleh Bahagian Kawal Selia Radiasi Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertangungjwab untuk siasatan kuasa pelesenan bahan radioaktif, bahan nuklear dan penjana sinaran bagi tujuan perubatan.
Menurutnya, berdasarkan Akta Tenaga Atom 1984 dan Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025, kuasa pelesenan bahan radioaktif, bahan nuklear dan penjana sinaran bagi tujuan bukan perubatan terletak di bawah Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom.
“Hasil siasatan KKM telah menunjukkan tiada isu pematuhan keselamatan sinaran yang kritikal yang boleh dikaitkan dengan dakwaan kewujudan kluster kanser di unit berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Jabatan itu berkata Atom Malaysia dan BKRP komited memastikan keselamatan pekerja sinaran serta orang awam sentiasa terpelihara.
Media pada Jumaat melaporkan seorang bekas jururadiografi di sebuah hospital pengajar kerajaan mendakwa dia menghidap limfoma Hodgkin akibat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di fasiliti berkenaan.
Wanita itu turut mendakwa selepas beberapa tahun hospital itu memasang mesin PET-CT, tiga kakitangan menghidap pelbagai jenis kanser, manakala empat lagi menghidap penyakit berkaitan tiroid.
Kesemua tujuh kakitangan terbabit dilaporkan bertugas di Jabatan Radiologi.
PPUM menafikan dakwaan itu.