
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ahmad Radzi Hussain, berkata serbuan itu dijalankan pada 6.45 petang menerusi Ops Bersepadu Khazanah melibatkan Batalion 8 PGA bersama Jabatan Perhutanan serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kelantan.
Beliau berkata operasi berkenaan dilakukan hasil maklumat mengenai aktiviti menyimpan bahagian hidupan liar yang dilindungi.
“Pasukan serbuan telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa sebelum menjalankan pemeriksaan di dalam rumah terbabit. Hasil pemeriksaan, pasukan menemukan lima laras senjata api pelbagai jenis,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah kesalahan berkaitan Akta Senjata Api 1960 manakala barang kes dibawa ke IPD Gua Musang untuk tindakan lanjut.