1,912 mangsa kebakaran Kg Bahagia di 8 PPS

1,912 mangsa kebakaran Kg Bahagia di 8 PPS

Kira-kira 1,000 rumah di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan musnah dalam kebakaran Ahad lalu.

mangsa kebakaran sandakan
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan jumlah mangsa ditempatkan di lapan PPS meningkat pagi ini. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Seramai 1,912 mangsa daripada 385 keluarga terjejas kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan mangsa ditempatkan di PPS Dewan Program Perumahan Rakyat Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Gas, Dewan SK Kampung Bahagia, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Dewan Sibuga dan SK Karamunting yang dibuka Ahad lalu.

“Dua lagi PPS dibuka pada Isnin, iaitu Dewan Serbaguna Warga Tua dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hwa. Trend mangsa yang ditempatkan di PPS pagi ini meningkat,” katanya dalam kenyataan.

Kira-kira 1,000 rumah di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan musnah dalam kebakaran membabitkan kawasan seluas lebih empat hektar pada Ahad lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.