SPRM beku beberapa akaun Padini dalam siasatan pengubahan wang haram

SPRM beku beberapa akaun Padini dalam siasatan pengubahan wang haram

Padini Holdings kata akaun-akaun tersebut milik syarikat dan anak syarikat namun tidak digunakan secara aktif dalam operasi harian.

padini
Padini Holdings menyatakan bahawa ia masih ada akses kepada kemudahan perbankan lain untuk menyokong operasi perniagaan. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Beberapa akaun bank milik peruncit fesyen, Padini Holdings, dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan pengubahan wang haram, menurut makluman kepada Bursa Malaysia.

Menurut pengumuman di Bursa Malaysia, Padini berkata akaun-akaun bank yang dibekukan itu milik syarikat dan anak syarikat, tetapi tidak digunakan secara aktif dalam operasi harian.

“Kami masih ada akses kepada kemudahan perbankan lain untuk menyokong operasi perniagaan yang sedang beroperasi,” kata Padini. Pembekuan akaun tersebut dijangka tidak akan memberi kesan kewangan dan operasi yang material kepadanya.

“Pihak syarikat sedang mengambil langkah yang perlu untuk berurusan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan akan memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan.

Padini menambah siasatan itu dijalankan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.