
Majistret Nurul Saqinah Rosli membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan terhadap suspek berusia lingkungan 30-an itu.
Suspek sebelum ini direman lima hari sejak Rabu lalu.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
Setakat ini, SPRM membekukan 15 akaun bank berjumlah kira-kira RM16.6 juta terdiri daripada empat akaun individu, tiga akaun NGO dan lapan akaun syarikat, selain menyita barangan kemas kira-kira RM2 juta, Riyal 102,893 dan Dolar Singapura SGD27,929.
Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya akan memanggil 14 hingga 15 saksi lagi bagi membantu siasatan kes itu.