Bapa positif dadah ditahan, disyaki dera anak 5 bulan

Bapa positif dadah ditahan, disyaki dera anak 5 bulan

Polis menerima laporan daripada pegawai perubatan hospital yang mengesyaki kecederaan mangsa bukan akibat kemalangan biasa.

handcuff
Ketua Polis Lawas Liong Tindan berkata lelaki positif amphetamine dan methamphetamine itu ditahan di rumahnya.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang positif dadah ditahan selepas kesan lebam dikesan pada badan anaknya berusia lima bulan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Lawas, Ahad lalu.

Polis menerima laporan daripada pegawai perubatan hospital yang mengesyaki kecederaan mangsa bukan akibat kemalangan biasa.

Ketua Polis Lawas, Liong Tindan, berkata bayi itu dibawa ke hospital oleh ibunya kerana mengalami selsema dan batuk kira-kira 10.45 malam Ahad lalu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mendapati terdapat kesan lebam pada beberapa bahagian badan mangsa yang menimbulkan syak wasangka berlakunya penderaan,” katanya menurut Berita Harian.

Susulan laporan itu, beliau berkata, polis menyiasat segera sebelum menahan seorang lelaki 28 tahun yang juga bapa bayi terbabit di rumahnya.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine,” katanya sambil menambah bayi itu masih menerima rawatan lanjut di hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana disyaki mendera kanak-kanak dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.