
Tertuduh, Mohd Syahril Nazrul Ruslim, 37, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Karthiyayini.
Menurut Berita Harian, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga penyelia kilang didakwa membunuh anak kepada rakannya, Muhammad Arsya, yang berusia sembilan bulan di Apartment Taman Bayu Perdana, Klang pada 3.30 petang, 6 April.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Syuhada Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebutan semula kes untuk serahan laporan forensik ditetapkan pada 6 Julai depan.