Lelaki Myanmar maut diserang rakan senegara, isteri cedera

Lelaki Myanmar maut diserang rakan senegara, isteri cedera

Polis menahan seorang lelaki Myanmar berusia 38 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata isteri mangsa yang juga warga Myanmar berusia 26 tahun dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. (Gambar Bernama)
BUKIT MERTAJAM:
Seorang lelaki warga Myanmar maut, manakala isterinya cedera selepas diserang seorang rakan senegara di Taman Belibis, Simpang Ampat, di sini, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata polis kemudian menahan seorang lelaki Myanmar berusia 38 tahun bagi membantu siasatan.

“Dalam kejadian itu, mangsa berusia 31 tahun meninggal dunia dipercayai akibat ditikam, manakala wanita berumur 26 tahun yang juga warga Myanmar mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke HSJ untuk dibedah siasat, manakala siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.