6 ditahan, PGA rampas kayu balak, papan lebih RM1.1 juta

6 ditahan, PGA rampas kayu balak, papan lebih RM1.1 juta

Pemilik stor yang sedang melakukan aktiviti pemprosesan kayu dipercayai tanpa lesen antara enam suspek ditahan.

Stor kayu tanpa lesen (Gambar PGA) 28526
Stor kayu yang dipercayai beroperasi tanpa lesen dan dijadikan pusat memproses kayu sebelum dihantar ke sebuah kilang perabot untuk pasaran Kelantan. (Gambar PGA)
PETALING JAYA:
Enam lelaki ditahan dan barangan bernilai lebih RM1.1 juta dirampas dari sebuah sebuah stor kilang kayu dipercayai beroperasi tanpa lesen di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ahmad Radzi Hussain, berkata pemilik stor yang sedang melakukan aktiviti pemprosesan kayu dipercayai tanpa lesen itu antara enam suspek ditahan dalam serbuan pada 3.30 petang Isnin lalu.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kawasan stor itu menemui pelbagai mesin pemprosesan kayu, jentera berat, kayu balak dan 50,000 keping papan pelbagai saiz yang jumlah keseluruhan rampasan melebihi RM1.1 juta.

“Siasatan awal mendapati pemilik gagal mengemukakan lesen pengoperasian stor dan permit penggunaan mesin pemotongan kayu yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, stor kayu haram itu dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu dan dijadikan pusat memproses kayu sebelum dihantar ke sebuah kilang perabot untuk pasaran Kelantan.

“Pemilik stor dipercayai mendapatkan bekalan kayu daripada beberapa pembekal di Perak dan Gua Musang serta menyewa tapak stor berkenaan lebih 10 tahun lalu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 68(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

Tegasnya, pihak berkuasa akan terus mempergiatkan risikan dan pemantauan bagi membanteras kegiatan pembalakan serta pemprosesan kayu haram di Kelantan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.