
Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata mesyuarat di Putrajaya itu akan berlangsung selepas mesyuarat dalaman PKR dan PH diketuai Anwar Ibrahim selesai.
“Kami akan ada pertama mesyuarat Biro Politik PKR di pengerusikan presiden diikuti Majlis Presiden PH, selepas itu pertemuan antara pimpinan PH dan BN
“Kita bincang pelbagai perkara cuma jadual hari ni menarik perhatian sikit sebab latar belakang tentang politik Negeri Sembilan dan segala macam,” pada selepas melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Saifuddin berkata satu kenyataan media dijangka dikeluarkan selepas pertemuan berkenaan.
Minggu lalu, ,14 Adun BN Negeri Sembilan mengisytiharkan menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin susulan dakwaan kegagalannya menguruskan krisis institusi di negeri itu sehingga menjadi perdebatan umum.
Perkembangan itu berlaku di tengah-tengah krisis berterusan melibatkan empat pembesar yang mahu menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias pada Sabtu berkata pihaknya rela menjadi pembangkang daripada bersama PH dalam pentadbiran kerajaan susulan krisis adat dan perlembagaan di negeri itu.
Menurutnya, ini kerana mereka tidak rela melihat sahaja kesilapan yang dilakukan oleh Aminuddin.
Bagaimanapun, Presiden Umno Zahid Hamidi hari ini menegaskan parti itu kekal sebahagian kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan dan tidak pernah membincangkan pengganti Aminuddin.
Zahid berkata pihaknya tidak berminat menjadi pembangkang seperti disuarakan oleh Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias, Sabtu lalu.