
Menteri Khaled Nordin mengesahkan Kementerian Pertahanan (Kementah) mempunyai kontrak perolehan dengan Kongsberg Defence & Aerospace (KDA) bagi pembekalan NSM untuk melengkapkan keupayaan kapal tempur pesisir (LCS) tentera laut.
Khaled berkata Kementah mengambil perhatian perubahan pendirian Oslo berkaitan kelulusan eksport pertahanan yang memberi kesan kepada pelaksanaan kontrak berkenaan.
“Kerajaan akan menggunakan saluran diplomatik dengan kerajaan Norway bagi mendapatkan penjelasan lanjut serta membincangkan langkah yang sewajarnya demi menjaga kepentingan negara,” menurut kenyataan.
“Dalam masa yang sama, Kementah akan terus memastikan kesiapsiagaan dan keperluan strategik pertahanan negara tidak terjejas, di samping mengekalkan hubungan dua hala Malaysia dan Norway yang sekian lama terjalin dengan baik.”
Khaled mengulas laporan Malaysian Defence awal hari ini, yang melaporkan Oslo melarang penghantaran NSM, sekali gus membatalkan kontrak pembekalan dan penghantaran yang ditandatangani pada 2018.