
Beliau berkata itu antara isu utama yang dibincangkan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Singapura Gan Kim Yong bersempena dengan Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi Asean ke-27 di sini hari ini.
“Kami bertukar pandangan mengenai kepentingan negara anggota Asean memainkan peranan yang lebih proaktif dan praktikal dalam memperkukuh daya tahan ekonomi serantau dan keselamatan tenaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Johari berkata mereka turut membincangkan perkembangan ekonomi serantau semasa dan impak daripada ketegangan geopolitik yang meningkat terhadap perdagangan dan rantaian bekalan global.
“Malaysia dan Singapura berkongsi hubungan ekonomi yang erat dan strategik.
“Saya percaya kerjasama serantau yang lebih kukuh dan pendekatan pragmatik akan kekal penting dalam memastikan ASEAN terus berdaya tahan, berdaya saing dan relevan dalam landskap global yang semakin mencabar,” katanya.