Tanah runtuh: Penghuni sebuah rumah diarah kosongkan kediaman

Tanah runtuh: Penghuni sebuah rumah diarah kosongkan kediaman

Bomba sedang memantau kawasan kejadian di Kampung Bukit Sungai Putih, Hulu Langat.

Gambar runtuhan tanah di Kampung Bukit Sungai Putih, Hulu Langat, petang tadi. (Gambar JPKK Bukit Sungai Puteh)
PETALING JAYA:
Penghuni sebuah rumah diarah mengosongkan kediaman sebagai langkah keselamatan, susulan runtuhan tanah di Kampung Bukit Sungai Putih, Hulu Langat petang tadi.

Bomba sedang memantau sekitar kawasan berkenaan, dan telah memaklumkan pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut, lapor Bernama.

“Terdapat runtuhan tanah dengan jarak kira-kira 1.2 meter,” kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 2.17 petang. Satu pasukan bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang tiba di lokasi lima minit kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.