Mayat lelaki ditemukan tersangkut dalam longgokan sampah

Mayat lelaki ditemukan tersangkut dalam longgokan sampah

Mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam di tebing Sungai Jebong.

garisan polis police line garisan kuning
Bomba membawa naik mayat seorang lelaki ke atas tebing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
IPOH:
Mayat lelaki ditemukan tersangkut dalam longgokan sampah di tebing Sungai Jebong, Jalan Izzudin Shah dekat Taiping, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang sebelum jentera dari Balai Bomba Taiping tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Komander operasi dimaklumkan oleh pihak polis bahawa mayat lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti itu ditemukan orang awam dalam keadaan tersangkut pada longgokan sampah di bahagian tebing sungai.

“Anggota bomba kemudian turun ke tebing sungai untuk mengeluarkan mayat mangsa sebelum membawanya naik ke atas tebing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.