
Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Semenyih, Amanjit Singh, berkata serbuan 4 petang itu dilakukan Cawangan Risik bersama pegawai Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Stesen Pelabuhan Klang dan Pasukan Ronda Cegah Jenayah (MPV) IPD Klang Selatan.
Katanya, hasil serbuan pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 22 hingga 36 tahun.
“Pemeriksaan mendapati individu berkenaan sedang menjalankan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemukan kira-kira 30,000kg minyak sawit mentah, sebuah lori treler tangki, lori rigid tiga tan serta beberapa peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan itu.
Katanya, tangkapan dan rampasan dibawa ke MPOB Stesen Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 dan Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.