
Pengerusinya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata syarat kelayakan dan iklan tawaran akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.
Jelasnya, pemohon program kadet juruterbang itu perlu memenuhi syarat asas ditetapkan akademi latihan penerbangan seperti Malaysia Aviation Group (MAG) dan BATS Aviation.
“Akademi yang ditaja Mara juga mesti ada perjanjian dengan syarikat penerbangan untuk menjamin pekerjaan kepada pelatih yang bakal mendapat pembiayaan Mara,” katanya dalam catatan Facebook.
Beliau berkata, syarat minimum termasuk pelajar daripada sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
“Cuma, kali ini walaupun tawaran dibuka kepada semua pelajar berkelayakan, namun keutamaan diberikan kepada pelajar tahfiz aliran STEM.
“Mereka akan melalui proses pemilihan, termasuk temu duga. Fasa terakhir temu duga adalah dengan pengerusi Mara sendiri untuk sesi tebuk hafazan atas tasmik al-Quran.”