
Ketua Polis Klang Selatan Lim Jit Huey berkata kertas siasatan berkenaan insiden itu telah diserah kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Lim berkata semalam, tempoh reman suspek lelaki berusia 30-an itu disambung hingga 19 Mei.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, seorang penunggang motosikal lelaki berusia lingkungan 20-an tercampak dan mengalami kecederaan parah pada anggota badan termasuk kaki kanan selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah Perodua Bezza.
Lim sebelum ini berkata kenderaan yang dipandu suspek dipercayai bergerak dari arah Pelabuhan Klang menuju ke Shah Alam secara melulu dan melawan arus sejauh kira-kira 3.5km sebelum merempuh motosikal mangsa.
Hasil ujian saringan awal mendapati pemandu kereta tersebut positif alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.