Rafizi, Nik Nazmi akan ambil Parti Bersama Malaysia

Rafizi, Nik Nazmi akan ambil Parti Bersama Malaysia

Perkara itu diumumkan sempena Pengumuman Hala Tuju Politik Baru Bersama Ahli Parlimen Setiawangsa dan Pandan hari ini.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Ahmad mengambil alih Parti Bersama Malaysia.
PETALING JAYA:
Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Ahmad diumumkan akan mengambil alih parti Bersama Malaysia (MU).

Perkara itu diumumkan pengacara majlis sempena Pengumuman Hala Tuju Politik Baru Bersama Ahli Parlimen Setiawangsa dan Pandan itu di PJ Performing Arts Centre (PJPAC) Bandar Utama.

Pengumuman itu dibuat di hadapan lebih 2,000 penyokong yang hadir.

Pengasas dan Presiden parti itu Tan Gin Theem turut melakukan gimik penyerahan sijil pendaftaran kepada Rafizi dan Nik Nazmi.

MU merupakan parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Dis 2016 dan berpusat di Pulau Pinang.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.