
Dalam operasi bersepadu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, JSJN Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Brickfields, pihak berkuasa turut merampas dadah antaranya cecair MDMA seberat 1.15kg; serbuk MDMA (284g); pil ekstasi (8.56g); selain ketamin (11.61g).
Nilai dadah dirampas dianggar RM103,070.
Pengarah JSJN Bukit Aman Hussein Omar Khan, berkata polis melancarkan empat siri serbuan dengan menahan 23 lelaki tempatan dan warga asing berusia 21 hingga 52 tahun.
Katanya, dalam operasi berlangsung bermula 2.35 pagi hingga 5 pagi itu, polis mendapati seorang lelaki disyaki terlibat dalam parti dadah tersebut diusung di lobi hotel dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Lelaki tersebut kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
“Kumpulan ini dikesan menjadikan bilik-bilik hotel mewah sebagai lokasi berhibur, menyalahgunakan dadah serta dipercayai terlibat dengan aktiviti tidak bermoral,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati 36 positif dadah, menakala 15 negatif dadah.
“Semua suspek direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan.”
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (1), Seksyen 15(1)(a), Seksyen 12(2), dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.