
Anwar berkata ketika perbualan itu, beliau turut merakamkan penghargaan atas dukungan serta kerjasama Iran dalam membantu urusan pelepasan kapal Malaysia di Selat Hormuz tempoh hari dan menzahirkan harapan agar Iran segera kembali aman.
Beliau juga menyatakan pendirian tegas Malaysia yang mengecam sebarang tindakan serangan dan pencerobohan termasuk yang melibatkan serangan dron serta tindakan ketenteraan Israel-Amerika Syarikat
Menurut Anwar, Pezeshkian turut menyatakan penghargaan terhadap pendirian konsisten Malaysia yang menjunjung keamanan, keadilan dan prinsip kemanusiaan di pentas antarabangsa.
“Pezeshkian mengundang saya untuk mengadakan lawatan ke Tehran bagi memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
“Insya-Allah, saya akan mengatur jadual untuk ke Iran pada masa yang sesuai,” katanya di Facebook.
Malaysia sebelum ini pernah menghantar menteri luar dan timbalan perdana menteri ke ibu negara Iran, namun tiada rekod lawatan rasmi perdana menteri Malaysia ke negara itu.
Hubungan Malaysia–Iran menjadi tumpuan sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas tujuh kapal Malaysia terkandas di Selat Hormuz, yang sebahagian besarnya ditutup susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel pada akhir Februari.
Anwar berkata pada Mac bahawa Iran akan membenarkan kapal Malaysia melalui selat itu selepas perbincangan dengan pihak berkuasa Iran.
Setakat ini, empat kapal telah berjaya melepasi Selat Hormuz.