DAP mahu letak Marina di Tiram, menurut surat tular

DAP mahu letak Marina di Tiram, menurut surat tular

DAP berpandangan Marina Ibrahim 'calon paling berpotensi yang mempunyai peluang kemenangan paling tinggi', menurut laporan terdahulu.

Teo Nie Ching Marina Ibrahim
Marina Ibrahim (kanan) ditawarkan bertanding di DUN Tiram dalam perbincangan dengan Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching, menurut surat tular.
PETALING JAYA:
DAP Johor dikatakan merancang untuk meletakkan Marina Ibrahim, ketika ini Adun Skudai, di kerusi DUN Tiram pada PRN akan datang, menurut surat yang tular di media sosial.

Marina ditawarkan bertanding di situ dalam perbincangan dengan Ketua DAP Johor Teo Nie Ching, pada 17 Mei lalu, menurut surat itu.

FMT sedang cuba mendapatkan komen daripada Marina berhubung kesahihan surat itu.

Terdahulu, Teo mendedahkan DAP bercadang meletakkan Marina bertanding di kerusi bandar yang pernah dimenangi Pakatan Harapan, namun tidak menamakan kerusi tersebut.

Pendedahan itu menyusuli pengumuman Marina bahawa beliau tidak akan mempertahankan DUN Skudai pada PRN akan datang dan memutuskan untuk berundur daripada politik, selepas berkhidmat sebagai wakil rakyat selama lebih empat tahun.

Menurut Teo, kepimpinan DAP berpandangan Marina “calon paling berpotensi yang mempunyai peluang kemenangan paling tinggi” untuk misi strategik parti itu yang mahu melangkah keluar daripada kawasan tradisi.

Pada PRN 2022, BN menang di Tiram dengan kelebihan 5,281 undi, apabila meraih 22,939 undi untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (17,658 undi) dan calon PKR (12,550) serta empat pihak lain.

BN merampas kerusi tersebut daripada PKR, yang menawan kerusi tersebut pada PRU14 dengan kelebihan 8,098 undi, apabila meraih 26,573 undi untuk menewaskan calon BN (18,475) dan calon PAS (5,366).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.