
SEREMBAN: Beberapa kenderaan Adun Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dilihat memasuki kediaman rasmi Menteri Besar Aminuddin Harun, hari ini.
Difahamkan, kehadiran mereka kira-kira 9.30 pagi tadi bagi membincangkan perkembangan semasa berkenaan negeri itu.
Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Shahir Md Shah berkata setakat ini tiada sidang media diadakan berkenaan pertemuan.
Beliau turut memaklumkan menteri besar akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir esok, iaitu rutin mingguan sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.