PH seru Johor pilih kerajaan sehaluan dengan Putrajaya

PH seru Johor pilih kerajaan sehaluan dengan Putrajaya

PH sudah menggerakkan jentera bagi menghadapi PRN, yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

penyokong pakatan harapan
Pada PRN kelak, PH akan mempertahankan 12 kerusi, manakala BN 40 kerusi, PN tiga kerusi, dan Muda satu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) seru rakyat Johor agar membuat keputusan terbaik dalam memilih kerajaan negeri yang sehaluan dengan kerajaan persekutuan, menyusuli pembubaran DUN hari ini.
 Aminolhuda Hassan
Aminolhuda Hassan.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan, berkata gabungan itu sudah menggerakkan jentera bagi menghadapi PRN, yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

“PH Johor percaya Bangsa Johor akan membuat keputusan yang terbaik dalam memilih kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang juga pengerusi PH,” katanya kepada FMT.

Naib Pengerusi PKR, Jimmy Puah, berkata PH akan bertanding di semua 56 DUN, sekaligus berdepan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Kita sedia dan sudah jangka PRN. Kita akan tanding semua 56 DUN seperti diumumkan di konvensyen PH Mei lalu,” katanya ketika dihubungi.

Jimmy Puah
Jimmy Puah.

Sementara itu, menerusi kenyataan bersama, PH Johor berkata ia akan menggembleng usaha sebaik mungkin untuk memenangi PRN.

“Bagi kami, tidak ada pilihan raya yang mudah,” katanya.

Pada PRN kelak, PH akan mempertahankan 12 kerusi, manakala BN 40 kerusi, PN tiga kerusi, dan Muda satu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.