
Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran itu selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Keputusan ini dibuat dengan niat untuk memastikan rakyat bangsa Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh,” kata Onn pada sidang media di kediaman rasmi.
PRN akan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang, susulan pembubaran. Pengumuman hari ini menamatkan spekulasi sejak beberapa minggu lalu.
Menuju pembubaran, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri dengan 40 daripada 56 kerusi, yang dimenangi pada PRN 2022.
Pakatan Harapan (PH) memenangi 12 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi, dan Muda satu.
BN dan PH di Johor mengumumkan hasrat untuk bertanding di semua kerusi.
Onn yang juga pengerusi BN Johor seru semua parti politik, pemimpin dan penyokong agar menghadapi proses demokrasi dengan penuh adab, tertib dan berhemah.
“Sama-samalah kita menjaga keharmonian dan kemufakatan bangsa Johor,” katanya.