Ketua ‘Geng Rames’ dituduh anggotai kumpulan jenayah terancang

Ketua ‘Geng Rames’ dituduh anggotai kumpulan jenayah terancang

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Ramesh Govindarajan selepas pertuduhan dibacakan.

Tertuduh Ramesh Govindarajan, 37, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terbabit antara 2024 hingga tahun lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ketua kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Rames’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terbabit antara 2024 hingga tahun lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Ramesh Govindarajan, 37, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad, menurut Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Rames’ yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di alamat Kampung Sungai Division dalam Daerah Kuala Muda, Kedah antara Januari 2024 hingga 4 Disember 2025.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern mengendaliakn pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam S Shatish.

Pendakwaan memohon kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Sungai Petani berikutan kes berkaitan kumpulan jenayah terbabit turut dibicarakan di mahkamah berkenaan.

S Shatish turut memohon agar anak guamnya ditahan di Penjara Alor Setar bagi memudahkan lawatan ahli keluarga.

Mahkamah membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Alor Setar dan tertuduh diperintah ditahan di Alor Setar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.