
Ketuanya, Teo Nie Ching, berkata senarai itu disifatkan berita palsu serta tidak pernah dikeluar atau disahkan DAP negeri.
“Berita palsu. Sila jangan sebarkan atau meneruskan mesej yang tidak sahih,” katanya di Facebook.
Semalam, Barisan Nasional (BN) Johor turut menafikan senarai calon PRN yang tersebar dalam talian.
Setiausahanya, Abdul Halim Suleiman, berkata gabungan itu belum membincangkan perkara berkenaan.
DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun untuk memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Bulan lalu, menteri besar yang juga Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi dilaporkan, berkata gabungan itu akan bertanding di semua 56 DUN.
Pada PRN 2022, BN menang 40 kerusi, Pakatan Harapan (12), Perikatan Nasional (3), dan Muda (1).
Pada April, Teo berkata DAP Johor akan mempertahankan semua 10 kerusi dimenanginya pada PRN lalu.