Sempoi je, Mahathir dan Siti Hasmah buat cabaran ‘mannequin’!

Sempoi je, Mahathir dan Siti Hasmah buat cabaran ‘mannequin’!

Satu rakaman video yang baru sahaja dikongsi dalam laman sosial Youtube menunjukkan selain Mahathir dan Siti Hasmah, turut menyertai cabaran itu ialah Syed Saddiq, Muhyiddin dan Mukhriz.

dr-m-asmah
fmt-ohsem-inside-article1Sempoi je bila negarawan tersohor seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah ambil bahagian dalam cabaran mannequin!

Anda mampu?

Pada usia sebaya dengan atuk dan nenek atau ibu bapa yang mungkin tak tau menahu mengenai cabaran ini, Mahathir dan Siti Hasmah cukup “sporting” untuk bukan sahaja ambil bahagian tetapi menyempurnakannya dengan cara mereka sendiri.

Satu rakaman video yang baru sahaja dikongsi dalam laman sosial Youtube menunjukkan selain Mahathir dan Siti Hasmah, turut menyertai cabaran itu ialah Syed Syaddiq Abdul Rahman, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Rakaman 32 saat itu menunjukkan suasana pejabat, situasi beberapa orang “membeku” dalam adengan duduk berbincang, berehat, melihat telefon bimbit, menaiki tangga dan kemuncaknya di bilik studio di mana Mahathir, Siti Hasmah, Muhyiddin dan Mukhriz sedang mendengar lagu atau mungkin seperti mahu merakam sesuatu.

Ah, tak perlulah borak panjang. Tontonlah video yang baru sahaja dimuatnaik ini. Oh sungguh kool!

https://www.youtube.com/watch?v=dOYLzLS4JA8

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.