
“Ramai yang bertanyakan status rumah tangga saya. Saya ingin nyatakan, saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida dan Shahida. Kepada rakan media yang saya hormati, tiada apa-apa kenyataan lagi untuk diberi.
“Dan berilah penghormatan kepada Aida dan Shahida supaya tidak diganggu. Terima kasih,” tulisnya.
Awal bulan ini beberapa desas-desus mengatakan pelakon KL Gangster itu membuat pendaftaran di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk bercerai dengan isteri pertamanya, Aida yang juga seorang penerbit drama.
Adi Putra pernah menafikan laporan mahu menceraikan kedua-dua isteri, bahkan akui hidup bahagia.
Keretakan hubungan antara Adi Putra dan isteri pertamanya wujud sejak Mei 2012 apabila mereka saling bermain tarik tali untuk menamatkan perkahwinan.
Manakala sekitar penghujung tahun lalu pula, wujud gosip mengatakan hubungannya dengan bekas isteri kedua, Norshahida juga berdepan masalah.
Selepas semua penafian dan khabar angin, semalam, Adi Putra terpaksa memberi kata putus mengenai status terkininya.
Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan dengan Shahida pada 20 Jun 2016.
Carian terkini bagaimanapun mendapati muatnaik tersebut sudah dipadamkan.