Aduh, harga rokok naik lagi!

Aduh, harga rokok naik lagi!

Anda naikkan harga rokok komersial kononnya untuk menghentikan tabiat merokok; tetapi beri kami pilihan dengan rokok seludup yang jauh lebih murah, main game ke?

ciggie
fmt-ohsem-inside-article1Berapa ramai yang berhenti merokok kerana harga rokok naik?

Tipulah kalau ketagihan bertahun lama dihentikan semata-mata kerana harga naik. Ia bukan semudah itu.

Jadi bila kerajaan bagi alasan harga rokok naik sebahagian kempen berhenti merokok, mengarutlah!

Cuba tanya pakcik-pakcik, malah remaja sekarang yang sudah mula merokok semuda usia 12 atau 13 tahun, adakah mereka akan berhenti merokok?

Ketepikan kes terpencil yang berhenti atas sebab kesihatan, kenaikan harga rokok sebenarnya tak banyak beri kesan. Biarlah, sedangkan harga makan dan minum pun dah naik, rokok sepaket, saya sanggup bayar lebih demi kepuasan. Betul tak?

Jadi bagaimana kerajaan boleh mendabik dada mengakui berjaya mengurangkan perokok setiap kali ada kenaikan harga? Buktinya?

Tengoklah pasaran tembakau, syarikat besar yang merungut kejatuhan jualan produk rokok. Dari setahun ke setahun, graf memang jelas menunjukkan penurunan. Bravo kerajaan menang! Itu bagi pandangan mata kasar…

rokok

Tetapi… lihatlah juga statistik terhadap rokok yang diseludup, bukankah kenaikan harga rokok ini menggandakan lagi kemasukan rokok seludup yang sedang membentuk satu pasaran tersendiri di negara ini.

Kami tahu rokok membahayakan kesihatan, sama seperti makanan ringan, makanan segara, kopi, makanan bergula, makanan berminyak, tetapi adakah kita berhenti?

Sehinggalah didiagnosis dengan penyakit kencing manis, baru ada disiplin makan makanan tidak bergula. Bila kena serang sakit jantung, barulah sibuk cari gimnasium buat senaman kardio.

Perokok pun sama, bila dan kena baru kurang atau berhenti. Selagi itu, walaupun kami tahu ia tidak sihat, kami tak berapa kisah.

Sekarang ni, ajal tak kenal usia, sesiapapun boleh mati awal, itu pandangan saya.

Jadi terfikir juga kalau pihak kerajaan sedar kenaikan harga rokok ini menyemarakkan lagi pasaran rokok seludup.

Perbualan dalam laman sosial mahupun dalam kalangan rakan sekerja, semua orang akui kewujudan rokok seludup.

“Mustahil nak berhenti tapi taklah mencabar sangat sebab kita ada rokok seludup yang mudah dicari di kedai-kedai runcit,” kata seorang rakan dengan selamba. Benar, tak susah pun cari rokok seludup yang dibawa masuk dari negara jiran.

Eh, jangan cakap pihak berkuasa tak tahu menahu pasal ini.

Jadi bila harga rokok komersial ini dinaikkan atas alasan kempen berhenti merokok, saya rasa kelakar.

Ini dah kira untung 2 kali, atas nama cukai yang tinggi bagi rokok komersial dan wang yang masuk di sempadan negara apabila rokok diseludup masuk senyap secara haram. Berapalah kena bayar agaknya…?

Kegiatan itu dah berlaku zaman-berzaman, mungkin itu yang harus diperbetulkan dulu oleh kerajaan jika mahu rakyatnya tidak diberi alternatif lain bila harga rokok dinaikkan.

Inikan pula umpama beri kami pilihan, mula-mula naikkan harga rokok komersial kononnya untuk menghentikan tabiat merokok; tetapi beri pilihan dengan rokok seludup yang jauh lebih murah, main game ke?

Apa pun sebagai perokok, terima kasihlah kepada pihak berkuasa yang tutup mata. Ini kerana harga rokok seludup yang sangat murah, mudah didapati dan memberikan kepuasan yang hampir serupa, golongan rakyat kelas sederhana rendah dan rendah seperti kami bila harga rokok naik.

“Keputusan menaikkan harga rokok berlaku sejak zaman Datuk Chua Jui Meng menjadi menteri kesihatan. Ia menetapkan harga rokok supaya mencapai RM20 menjelang 2020, selari dengan impian menjadi negara maju.

“Tetapi ia ternyata tidak membantu menghentikan tabiat merokok. Jenama premium mengikut harga siling, ada jenama kecil dan tidak popular menjual jauh lebih murah. Ini tak termasuk rokok seludup,” kata seorang rakan, Retnam di Facebook.

Dia juga mendedahkan kewujudan tembakau murah yang membolehkan remaja muda menikmati “rokok DIY”.

“Mereka boleh buat 40 batang rokok DIY menggunakan tembakau RM10.

“Kerajaan kena mencari masalah akar umbi dalam hal ini. Didik dan beri kesedaran kepada generasi baharu. Abaikan generasi lama yang dah ketagih, tak boleh buat apa,” tambah Retnam.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.