McD Singapura hidang Burger Nasi Lemak

McD Singapura hidang Burger Nasi Lemak

Selain Burger Nasi Lemak, McDonalds Singapura memperkenalkan Cendol McFlurry, Bandung McFizz dan Pandan Coco Frappe.

burger-nasi-lemak
fmt-ohsem-inside-article1Tak sangka McDonalds Singapura mendahului menu sempena Hari Kebangsaan akan datang negara itu dengan memperkenalkan citarasa tempatan, Burger Nasi Lemak.

Berbunyi pelik? Tetapi pastinya ia sesuatu yang dekat dengan hati, sayangnya menu tersebut hanya boleh didapati di Singapura.

“Kenapa McDonalds di Malaysia tak kenalkan perisa itu terlebih dahulu sedangkan nasi lemak lebih terkenal di Malaysia,” soal beberapa netizen yang nampaknya sudah mula menunjukkan minat terhadap burger tersebut.

Apapun, bravo kepada McDonalds Singapura yang bukan sahaja inovatif memperkenalkan burger nasi lemak, malah Cendol McFlurry, Bandung McFizz dan Pandan Coco Frappe.

Menu edisi khas untuk jangka masa terhad itu akan diperkenalkan hari ini (13 Julai) bersempena Festival Makanan Singapura.

Burger nasi lemak mengandungi roti, pati daging paha ayam goreng berperasa kelapa, bawang goreng, telur goreng dan hirisan timun. Sos sambal akan digunakan menggantikan sos cili atau tomato yang biasa.

burger-nasi-lemak2

Hidangan pencuci mulut Cendol McFlurry pula mengandungi agar-agar cendol, sos gula Melaka dengan ais krim vanila. Turut diperkenalkan dalam kategori ini ialah pai kelapa dengan nata de coco, 3 jenis ais krim kon cendol, serta kek pandan span dengan lapisan pulut.

Hidangan minuman Pandan Coco Frappe pula mengandungi kelapa dan perasa pandan dikisar dengan agar-agar.

Jadi apa tunggu lagi? Oh ya, kalau nak merasa kenalah pergi ke Singapura.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.