Biji labu snek berkhasiat untuk kesihatan mental

Biji labu snek berkhasiat untuk kesihatan mental

Biji labu mengandungi kompaun nutrisi yang sangat baik termasuk menghapuskan sel kanser dan menjadi makanan untuk kesihatan mental.

biji-labu
fmt-ohsem-inside-article1Anda mungkin tidak sedar mengenai khasiat biji labu. Sama seperti kuaci, biji labu juga di makan dengan mengopek kulitnya. Mungkin kerana ia agak leceh, ramai yang tidak mahu memakannya.

Tapi selepas membaca artikel ini, anda mungkin boleh mempertimbangkannya sebagai snek yang berkhasiat.
Sememangnya, lebih baik mengunyah biji labu atau kekacang penuh nutrisi berbanding keropok, bertih jagung dan lain-lain.

Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik di Sepanyol, biji labu mengandungi kompaun nutrisi yang sangat baik termasuk menghapuskan sel kanser dan menjadi makanan untuk kesihatan mental.

Pelbagai portal berkaitan makanan dan kesihatan serta gaya hidup terkenal seperti Helathline.com, Health.com, Reader’s Digest memetik jurnal perubatan mengenai khasiat biji labu ini.

Ia kaya dengan vitamin dan mineral seperti zink, magnesium, potassium, selenium, kalsium, besi, asid amino, vitamin E, vitamin K dan banyak lagi. Biji labu juga kaya dengan kompaun yang dikenali sebagai fitosterol dan anti oksidan bebas radikal yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan yang lain.

Mari kita baca khasiat biji labu:

1. Kurangkan risiko kanser

Biji labu efektif terhadap pelbagai kanser selain sifat anti-keradangannya. Penyelidik dari Jerman menyarankan wanita yang mengalami menopaus supaya makan biji labu organik setiap hari untuk mengurangkan risiko kanser payu dara sehingga 23%.

2. Mengelak insomania

Biji labu kaya dengan asid amino triptofan. Tubuh kita mengubah asid amino ini kepada serotonin yang kemudian diubah lagi kepada melatonin, bahan kimia yang membantu menggalak hormon “tidur”. Sebaiknya, makan biji labu sebelum waktu malam supaya anda dapat tidur dengan baik dan selesa.

3. Memperbaiki penglihatan

Zat besi dalam biji labu penting untuk sistem imunisasi dan ia membantu memperbaiki kualiti tidur, penglihatan, kulit dan mood anda. Ia juga membantu dalam mengurangkan berat badan kerana kandungan proteinnya yang tinggi selain cepat mengenyangkan. Apa lagi, lepas ni hari-hari makan biji labu, minum jus biji labu…

4. Meningkatkan tahap potassium

Potassium penting untuk mengecutkan otot, menguruskan peredaran bendalir badan, mengimbangi mineral dan mengawal tekanan darah. Potassium juga membantu mengurangkan pembentukan semula batu di ginjal dan pereputan tulang apabila usia meningkat.

5. Membantu kesihatan prostat

Biji labu adalah pemakanan semula jadi untuk kesihatan prostat. Minyak dan ekstraknya membantu dalam masalah hiperplasia prostat. Zat fitosterol dalam biji labu mengelak pembentukan testosteron dalam DHT (dihidrotestosteron) yang menyebabkan pembesaran prostate.

6. Buat anda gembira

Kandungan L-tritofan dalam biji labu memperbaiki mood dan baik untuk mereka yang sedang mengalami tekanan.

Jadi apa tunggu lagi, jom ke pasar raya berdekatan dan bekalkan balang snek anda dengan biji labu!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.