
Sejak sedekad lalu, populasi rakyat beragama Islam di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada hampir sejuta orang.Jika populasi tersebut terus meningkat, rakyat Islam dijangka menggantikan populasi penduduk Yahudi di negara tersebut, sekaligus menjadi agama ke-2 terbesar di AS menjelang 2040.
Menurut laporan Newsweek, jangkaan tersebut disediakan oleh Pusat Penyelidikan Pew berdasarkan jumlah kependudukan rakyat beragama Islam di AS.
Bagaimanapun, untuk mendapat jumlah sebenar angka rakyat Islam agak sukar kerana Biro Banci AS tidak mengguna pakai katagori agama dalam bancian mereka.
Tetapi keputusan penyelidikan dan tinjauan Pew menjangkakan kira-kira 1.1% daripada jumlah rakyat AS adalah Islam.
Pada 2007, terdapat sekitar 2.35 juta Islam di AS dan menurut projeksi terbaharu Pew, populasi Islam berkembang lebih pantas daripada populasi Yahudi.
Menjelang 2050, populasi Islam di AS akan mencapai 8.1 juta atau 2.1% populasi keseluruhan AS, 2 kali ganda populasi semasa.
Malah secara purata, populasi Islam di AS dikatakan bertambah sekitar 100,000 orang setiap tahun.
Selain kadar kelahiran yang aktif, peningkatan itu turut disumbangkan oleh penukaran agama dalam kalangan pendudukan AS dan kemasukan migran Islam dari luar.
“Sebagaimana rakyat Amerika bertukar agama ke Islam, sama juga isunya apabila rakyat beragama Islam juga tidak memilih kekal dalam agama mereka,” petik kata kajian itu.