
Arab Saudi nampaknya sudah bersedia menamatkan larangan memandu untuk wanita apabila 10 wanita negara itu menukar lesen antarabangsa bagi mendapatkan lesen memandu tempatan di beberapa bandar raya termasuk ibu kota negara itu.
Ia selaras dengan penamatan larangan itu pada 24 Jun ini sekaligus mengeluarkan lesen memandu pertamanya kepada wanita.
Langkah itu adalah sebahagian usaha liberalisasi oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, bagi memodenkan dan memberi hak kepada rakyat negara berkenaan khususnya wanita.
“Sepuluh wanita Arab Saudi mencipta sejarah semalam apabila mereka diberikan lesen memandu.
“Pada minggu depan, 2,000 wanita lagi akan diberikan lesen memandu di Arab Saudi,” kata Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC) Kementerian Penerangan.
Menurut laporan agensi akhbar tempatan, pertukaran dibuat selepas pemohon pemandu wanita menjalani ujian praktikal.