
REMBAU: Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan Nazree Yunus mendesak Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak menurunkan harga minyak seperti yang dijanjikan sebelum menjadi perdana menteri.
Katanya, selepas lapan bulan menjadi perdana menteri, Anwar masih belum meminta maaf kerana gagal menunaikan beberapa janjinya termasuk mahu menurunkan harga minyak.
“Perdana menteri perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia, ini sudah lapan bulan. Harga minyak tak turun, tarif elektrik tak turun dan harga makanan tak stabil, beliau perlu minta maaf,” katanya dalam ceramah di Taman Sendayan Indah, Rembau.