Pengerusinya Mohamad Said Hinayat menjelaskan ini sebagai menyahut saranan kerajaan negeri untuk mendekati dan membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.
“Walaupun nama badan ini tertera nama agama Islam, tetapi kita mengakui terdapat ramai orang kurang berkemampuan, bukan sahaja dari kalangan umat Islam yang memerlukan bantuan kita.
“Insya Allah, kita berharap dapat menganjurkan majlis penyampaian bantuan sempena perayaan besar seperti Tahun Baharu Cina, Krismas dan Pesta Kaamatan, bukan sahaja sempena sambutan Hari Raya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ukhuwah Sambutan Hari Raya Aidilfitri Balkis CMD hari ini.
Said juga berharap Balkis CMD, yang ditubuhkan pada 2013, dapat bertahan lama bagi menyokong kerajaan dalam usaha memberi perhatian kepada kebajikan rakyat di negeri ini.
Pada majlis itu, seramai 30 anak yatim dan golongan kurang upaya, yang merupakan anak kakitangan Jabatan Ketua Menteri Sabah, menerima sumbangan duit raya daripada Balkis CMD.
