Singapura kurnia pingat bakti pada Khalid

Singapura kurnia pingat bakti pada Khalid

Anugerah yang disampaikan Presiden Singapura Tony Tan Keng Yam di Istana Negara di Singapura, semalam itu sebagai menghargai sumbangan ketua polis negara dalam menjalinkan kerjasama antara 2 negara.

kha;id-bakar
PETALING JAYA:
Singapura menganugerahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar anugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang sebagai penghargaan kepada sumbangannya dalam menjalinkan hubungan baik antara republik itu dan Malaysia.

Anugerah itu disampaikan Presiden Singapura Tony Tan Keng Yam di Istana di Singapura, semalam, menurut portal Beritamediacorp.

Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan berkata anugerah itu diberikan kepada Khalid atas sumbangannya menjalinkan kerjasama cemerlang antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan SPF, yang sekali gus mempertingkat keselamatan di kedua-dua negara.

Beritamediacorp melaporkan di bawah kepimpinan beliau sejak dilantik sebagai ketua polis negara pada 17 Mei 2013, kedua-dua pasukan polis memperkukuh kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan, pertukaran anti pengganasan dan latihan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Singapura Hoong Wee Teck berkata SPF mempunyai hubungan kerja yang kukuh dengan PDRM dan akan terus bekerjasama bagi memerangi jenayah rentas sempadan dan pengganasan.

Khalid dalam kunjungannya ke Singapura semalam turut mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam dan Hoong.

Selepas majlis penganugerahan itu, Khalid turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, lapor Beritamediacorp.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.