
Ini berikutan gambar dan video di media sosial yang memaparkan 3 kanak-kanak dibiarkan dalam bilik sewa berkunci di Larkin Perdana, Johor Baharu, tanpa ibu bapa mereka.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin berkata ibu bapa yang didapati mengabaikan anak boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016, lapor Bernama.
Pesalah boleh didenda RM50,000 dan 20 tahun penjara kerana mendera dan mengabaikan anak di bawah Seksyen 31 akta tersebut.
Dalam kejadian semalam, TheSunDaily melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyelamatkan 3 adik-beradik itu, 2 perempuan dan seorang lelaki, berusia 12 bulan hingga 6 tahun.
Mereka dipercayai mangsa pengabaian ibu bapa dan jiran mendapat tahu selepas terdengar bunyi bising.
Menurut satu catatan Facebook, kanak-kanak itu tidak mandi selama beberapa hari dan hanya makan nasi dengan sos tomato.
Ibunya dipercayai bekerja di sebuah kilang di Gelang Patah, meninggalkan kanak-kanak itu dengan bapa, yang nampaknya meninggalkan mereka.
Kanak-kanak berkenaan tidak mampu menjaga diri masing-masing, dengan najis ditemui di merata tempat.
Mereka sudah dipindahkan ke pusat jagaan di Hospital Sultanah Aminah.