
“Kalau saya duduk di Mara dan dilantik oleh orang, saya tak bebas bersuara. Jadi mulai hari ini saya bebas kerana dah lepaskan jawatan.
“Jika tak, saya kena cakap apa yang diputuskan saja. Antara kebebasan bercakap dengan jawatan, saya pilih untuk bebas,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Semalam, kontrak beliau berakhir dan surat pertimbangan agar pelantikan semula tidak disambung telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2 Ogos.
Katanya, beliau tidak dapat meneruskan jawatan itu kerana terdapat “perbezaan pendapat”.
“Ini (tak sambung kontrak) atas dasar prinsip. Kalau ada perbezaan pendapat, kalau kita rasa nak pertahankan pendapat, kita mesti berhenti. Itu prinsip.
Januari lalu, ketua penerangan Umno itu digantung jawatan berikutan dakwaan isu penajaan bola sepak Kelantan dan beliau diarahkan bercuti sejak 7 bulan yang lalu.
Beliau, bagaimanapun menafikan dakwaan itu, menegaskan beliau sama sekali tidak terlibat dengan penajaan 2 anak syarikat Mara dengan pasukan bola sepak Kelantan.
Mara kemudiannya menjalankan siasatan dalam berhubung isu itu dan berjanji akan mendedahkan hasil siasatan tersebut kepada media.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/25/annuar-itu-fitnah-totok-saya-tak-paksa-guna-dana-mara/