DAP diberi kerusi DUN paling banyak di Pulau Pinang

DAP diberi kerusi DUN paling banyak di Pulau Pinang

DAP akan bertanding 19 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, PKR diperuntukkan 14 kerusi, PPBM 4 kerusi dan baki 3 kerusi untuk Amanah.

Saifuddin-Abdullah_fmt
GEORGE TOWN:
PPBM akan bertanding di 4 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Empat kerusi itu adalah Teluk Bahang dan Bertam yang sebelum ini milik PKR serta Permatang Berangan dan Penaga yang sebelum ini ditandingi bekas rakan sekutu Pakatan Rakyat, PAS.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Amanah pula akan bertanding di 3 kerusi DUN yang dahulunya merupakan kerusi PAS, iaitu Sungai Dua, Permatang Pasir dan Bayan Lepas.

“DAP kekal bertanding di 19 kerusi DUN, manakala PKR bertanding 14 kerusi,” katanya ketika mengumumkan pengagihan kerusi DUN Pulau Pinang pada majlis sambutan 10 tahun Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang di Padang Kota Lama, malam ini.

Pada PRU13, DAP memenangi semua 19 kerusi DUN yang ditandinginya, PKR menang 10 kerusi daripada 16 kerusi ditandingi, PAS (1) dan Barisan Nasional (10).

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.