Penampang dilanda banjir akibat hujan berterusan

Penampang dilanda banjir akibat hujan berterusan

Hujan lebat menyebabkan Sungei Moyog melimpah, mengakibatkan jalan utama runtuh.

Jalan Inobong Putaton Bansadon di Penampang terputus kerana tanah jerlus.
KOTA KINABALU:
Beberapa kawasan di Penampang dilanda banjir lewat semalam akibat hujan lebat berterusan.

Hujan lebat sejak tengah hari menyebabkan Sungei Moyog melimpah dan membanjiri kawasan persekitran, termasuk Limbanak, Sugut and Kibabaig.

Banjir menenggelamkan jambatan di Limbanak, Penampang.

Turut terjejas kediaman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking, yang juga ahli Parlimen Penampang.

Jalan Inobong Putaton Bansadon terputus kepada laluan kenderaan selepas sebahagian jalan itu runtuh akibat tanah jerlus sedalam 4m dan 6m lebar.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking yang juga ahli Parlimen Penampang bercakap kepada ahli bomba di Penampang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata tidak ada laluan alternatif buat masa ini dan pihak konsesi penyelenggaraan jalan raya berkenaan diarah memasang papan tanda amaran untuk pengguna jalanraya.

Sebelum itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di pedalaman, pantai barat termasuk Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Ranau serta Sandakan dan Labuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.