
Beliau berkata, hanya perwakilan, pemerhati yang sah dan individu dijemput saja dibenarkan memasuki dewan.
Katanya, beliau akan meminta sekretariat menyiasat kekecohan yang berlaku di luar dewan kongres pagi tadi.
“(Tindakan Mizan) sebenarnya membahayakan perwakilan di dalam (dewan).
“Tanggungjawab keselamatan terpaksa kawal walaupun ada kekasaran dikatakan berlaku. Kita akan minta siasat macam mana perkara itu berlaku,” katanya pada sidang media sempena Kongres Nasional Pemuda PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) hari ini.
Terdahulu, kekecohan tercetus selepas penyokong Mizan yang dipecat secara kontroversi daripada jawatan pengerusi tetap sayap itu bulan lalu, cuba memasuki dewan untuk menghadiri Kongres Nasional Pemuda PKR.
Katanya, beliau dan rakannya dilarang memasuki dewan, serta mendakwa beliau diserang dan ditolak selepas berjaya masuk ke dalam dewan.
Beliau turut mendakwa Akmal gagal mematuhi arahan Presiden, Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali yang meminta kongres itu diadakan secara aman.
Akmal berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang cuba mensabotaj Kongres Nasional Pemuda PKR hari ini.
Katanya, semua pihak perlu menjaga nama baik parti dan mengelakkan ia menjadi isu peribadi.
“Saya rasa elok kalau dia sudah buat laporan kepada polis. Biar polis siasat.
“Kalau libatkan disiplin dalam anggota pula, biar Lembaga Disiplin teliti tindakan sewajarnya.”
Beliau berkata, sayap itu juga akan menyiasat sekumpulan lelaki berbaju hitam yang didakwa tidak mempunyai tag sah, tetapi dapat masuk ke dewan kongres.
Katanya, sekretariat Pemuda PKR akan membuat “post mortem” terhadap cadangan yang disuarakan perwakilan dalam kongres hari ini.